Beberapa minggu yang lalu, perayaan Thaipusam berlangsung di Malaysia. Seperti biasa, saya menghayati beritanya dari luar negara, di mana saya berada.
Saya amat kagum membaca mengenai kehadiran PM Najib ke Batu Caves – satu perkara yang monumental dan bermakna kerana perdana menteri sebelum ini yang ada menghadiri perayaan Thaipusam di situ ialah ayahandanya.
Dan saya merenung, sejak PM Najib menjadi PM kita, berita yang saya ikuti online dan offline semuanya hebat dan baik. Ya, isu panas dan kontroversi tetap ada di setiap negara pun, tetapi PM kita tetap cool dan menjalankan tugasnya.
Renungan saya, tidak mengikut kronologi kepentingan:
1. Turun padang melihat keadaan di KL – saya ingat lagi saya membaca berita ini tahun lepas. Ramai pihak akan kata ini ialah sekadar for-show, tapi untuk saya, sekurang-kurangnya ada turun padang, siap dalam khaki lagi.
2. Orator yang hebat belaka, khususnya di APEC summit di Singapura. Saya terdengar pembentangan PM Najib lancar dan penuh bergaya. Bangga!
3. Lawatan pertama ke luar negara sebagai PM ke Thailand, mesyuarat Asean saya rasa. Tetapi keadaan kuning-merah dan serba warna lain menyebabkan kawasan mesyuarat diserbu pemberontak. Cukup kecoh, tapi PM kita selamba saja. Dengar khabar, PM sendiri nak turun dari bilik untuk melihat apa yang terjadi.
4. Lawatan baru-baru ini ke Bangkok dan juga kawasan bersempadan negara kita, yang acap kali tidak tenteram. Pada pendapat saya, lawatan ini amat bermakna kerana bukannya ingin campur tangan tetapi menghulurkan bantuan setakat yang boleh kepada PM Thailand, Encik Abhisit.
5. Konsep 1Malaysia yang diketengahkan sejurus selepas menjadi PM ialah suatu yang dialu-alukan. Ada kerangka baru yang afdal dan mudah difahami dan boleh dilaksanakan seantero negara. Tapi lucu juga beberapa bulan selepas itu saya terbaca ada pengetua atau pegawai (dah lupa) yang mewar-warkan konsep 1Tandas.
6. Gambar foto dalam persidangan APEC juga dan lawatan rasmi lain semuanya menampilkan seorang PM yang berwibawa, berkaliber, masih muda dan tampan. Nasib baik tidak tersenarai sekali dengan PM United Kingdom yang mendapat jolokan Worst Dress. Bagi saya, PM Najib antara yang paling best-dressed antara pemimpin dunia.
7. Dari aspek ekonomi, tidak terbaca apa-apa berita yang menggoncang bahtera. Kegawatan yang melanda Eropah dan Amerika mungkin ada impaknya, tetapi tidaklah seberapa. Kita bernasib baik kedudukan ekonomi kita masih kukuh dan tidak seperti di Estonia, Latvia dan Lithuania di mana Talinn, Riga dan Vilnius, bank dan kerajaan masing-masing semua “bogel terus” akibat kegawatan tahun 2008-2009.
8. Kadar USD ke RM tidaklah setinggi dahulu tetapi bukannya jatuh merundum pun. Tidak seperti kejatuhan mata wang Iceland yang begitu teruk sehingga restoran MacDonald terpaksa tutup kedai kerana mereka membeli bahan mentah dari negara lain (Germany kalau tak silap) dan kejatuhan teruk Icelandic Krona berbanding Euro menyebabkan kos ini meningkat berkali ganda. Semestinya PM Najib memainkan peranan mengarahkan negara kita ke pentas yang stabil tatkala lautan ekonomi sedunia bergelora.
9. Kejadian swine flu – ceruk rantau terkena termasuk Malaysia tetapi kawalan kita dan pelaksanaan langkah amatlah hebat berbanding negara lain, seperti Thailand.
10. Negara kita terus damai, walhal ya – terdapat anjakan paradigma dalam arena politik khususnya selepas pilihanraya 2008 yang lalu. Tiada pemberontakan besar yang berlaku.
11. Kejadian bakar gereja dan masjid mutakhir ini memang merisaukan tetapi adalah sentimen segelintir sahaja dan saya pasti ia boleh diatasi.