Selamat datang ke blog saya, pertama kalinya menulis menggunakan WordPress. Nama samaran yang saya gunakan ialah See Patung.
Kampung halaman ialah Malaysia, membesar di sebuah bandar kecil di mana Internet bukanlah sebahagian daripada percaturan hidup sehingga saya berumur 17 tahun.
Blog ini diharapkan menjadi lembaran untuk saya menulis apa sahaja, dan berkongsi cerita lengkap dengan gambar sekali mengenai perjalanan dan pengembaraan serta pengalaman saya di luar negara.
Dulunya keluarga saya tidak mampu bercuti ke luar negara, malah tiket kapal terbang pun merupakan satu kemahuan yang hanya boleh diimpikan dari jauh.
Saya masih ingat lagi dulu, saya akan berkunjung ke lapangan terbang dan melihat pesawat datang dan pergi.
Dalam hati, saya bertekad – dunia yang besar ini mesti saya lihat, dengan menaiki kapal terbang.
Selepas pengajian di IPTA, saya pun memulakan perjalanan “membalas dendam” dan mengotakan janji saya kepada diri saya. Kini, 7 tahun sudah berlalu, dan saya telah menjejak kaki ke lebih 12 negara.
Kisah dan gambar dari perjalanan sayalah yang akan dikongsikan. Beserta hasil tulisan dalam English, jika editor saya benarkan, akan juga ditayangkan di sini.